Posts

Berusahalah menjemput Rezeki...

Image
BERUSAHALAH MENJEMPUT REZEKI Ketika Amin keluar dari masjid, Amin ternampak tabung masjid. Lalu dikeluarkan duit dari dompetnya untuk sedekah. Tetapi hanya ada Rm 5.00 sahaja.. “Ish..kalau aku derma duit ni kat tabung masjid, aku nak makan apa” ? Tak apa lah, insyaAllah ada rezeki lain untuk aku…lalu Amin memasukkan duit ke dalam tabung masjid… Pernahkah anda berada dalam situasi begitu?   Jadi, apakah tindakan anda? Adakah niat anda untuk menderma jadi terbantut? Tanyalah diri anda…   Sahabat yang dikasihi, Allah SWT adalah pemilik rezeki. Rezeki kita telah ditentukan oleh Allah SWT sejak di Luh Mahfuz lagi. Setiap orang mempunyai rezeki masing-masing dan hanya Allah yang tahu bila rezeki itu akan sampai kepada tuannya. Jadi mengapa kita sering berkeluh kesah memikirkan   soal rezeki?   Bukankah rezeki itu milik Allah?   Kerana kita selalu fikir bahawa kita yang memberi makan kepada keluarga kita. Akan tetapi kita lupa bah...

Cantik Itu Subjektif...

Image
Wanita sangat sinonim dengan kecantikan. Sememangnya menjadi fitrah wanita untuk sentiasa kelihatan cantik. Tidak salah wanita ingin tampil cantik setiap masa tetapi biarlah berpada-pada dan secara bersederhana. Allah SWT juga menuntut kepada kecantikan kerana Allah SWT itu cantik dan sukakan kecantikan. Jika kita lihat ramai golongan wanita sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit hanya untuk membeli barang mekap sahaja. Namun harus diingat, janganlah terlalu banyak menghabiskan duit hanya untuk mencantikkan muka sahaja walhal duit itu kita boleh simpan untuk keperluan akan datang dan memberi kewangan kepada ibu bapa kita. Belilah mengikut kadar dan kemampuan kita. Cantik itu subjektif. Ada yang memandang cantik itu dari segi fizikal, luaran, pemakaian dan sebagainya. Tetapi bagi saya kecantikan seseorang wanita terpancar apabila mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, mempunyai sifat keperibadian yang baik dan sopan. Selain itu, seseorang itu juga dinilai melalui ca...

Ikhlaskah Kita?

Image
Bila ditanya ikhlas itu bagaimana? Pasti ramai yang memberi perumpamaan ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan diatas batu-batu hitam pada malam yang gelap. Merujuk kembali dalam hadis 40, tajuk pertama yang ditulis adalah berkenaan dengan niat. Niat memainkan peranan yang sangat penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Setiap pekerjaaan itu dikira sebagai ibadah. Oleh itu, jika diniatkan sesuatu pekerjaan itu kerana Allah SWT maka ianya akan mendapat pahala dan dikira sebagai ibadah. Namun jika sebaliknya maka sia-sia sahaja pekerjaan yang dilakukan itu. Tidak ada sesiapa yang dapat menilai tahap keikhlasan seseorang itu, melainkan Allah SWT. Ikhlas itu tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasai dengan mata hati kerana hasil keikhlasan itu akan terzahir pada ketenangan hati, kemudahan, kepuasan dan kesyukuran dalam melakukan sesuatu perkara. Orang yang benar-benar ikhlas akan merasainya kerana mengharapkan penilaian Allah. Tetapi seseorang yang melakukan sesuat...

Jodoh dengan Kematian itu pasti...

Image
Setiap penyakit itu ada penawar dan ubatnya. Tetapi, ada satu penyakit yang jikalau datang kepada setiap manusia itu, tidak akan ada ubatnya iaitu MATI. كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۖ ثُمَّ إِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ ٥٧ Maksudnya : Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).         Allah telah menetapkan kematian untuk setiap hambanya sejak azali lagi. Kita sebagai hamba tidak akan pernah tahu dan tidak sesekali boleh mengubahnya. Sebagai umat Islam, kita perlu beriman dengan Hari Akhirat. Oleh itu kita kena yakini bahawa akhiratlah tempat tinggal kita yang kekal abadi. Kita tidak boleh membayangkan bagaimana keadaan di akhirat sana kerana semua itu berada dalam pengetahuan dan ilmu Allah SWT sahaja.        Manusia sering fikirkan soal jodoh dengan manusia. Tidak sesekali memikirkan soal jodoh dengan kematian. Allahu..Ingatlah sahabat sekalian bah...

KURANGKAN MENGATA, BANYAKKAN MENYAPA

                          Kadang-kadang kita tidak sedar kata-kata apa yang keluar daripada mulut kita sendiri. Mungkin kita tidak perasan tetapi orang di sekeliling kita menyedarinya. Dari situ masyarakat boleh menilai bicara kita itu sama ada baik ataupun buruk. Jika bicaranya baik maka ambillah sebagai pedoman. Jika bicaranya salah maka jauhilah darinya. Malang sekali, masyarakat kini lebih memilih untuk berada dan bergaul dalam golongan yang banyak menceritakan perihal orang lain. Mengapa kita suka berada dalam golongan tersebut, sedangkan kita mengetahui bahawa menceritakan perihal orang itu tidak baik dan berdosa? Pelik kan. Mungkin tidak menjadi pelik kepada orang yang suka mengata hal orang lain sebab sudah menjadi hobinya tetapi menjadi pelik bagi mereka yang menjaga diri dari orang yang sibuk mengata perihal orang lain. Sedarlah, bahawa inilah masyarakat sekarang. Umumnya mengetahui, mengumpat ialah ...