Ikhlaskah Kita?
Bila
ditanya ikhlas itu bagaimana?
Pasti
ramai yang memberi perumpamaan ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan
diatas batu-batu hitam pada malam yang gelap. Merujuk kembali dalam hadis 40,
tajuk pertama yang ditulis adalah berkenaan dengan niat. Niat memainkan peranan
yang sangat penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Setiap pekerjaaan itu
dikira sebagai ibadah. Oleh itu, jika diniatkan sesuatu pekerjaan itu kerana
Allah SWT maka ianya akan mendapat pahala dan dikira sebagai ibadah. Namun jika
sebaliknya maka sia-sia sahaja pekerjaan yang dilakukan itu.
Tidak
ada sesiapa yang dapat menilai tahap keikhlasan seseorang itu, melainkan Allah
SWT. Ikhlas itu tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasai dengan mata hati
kerana hasil keikhlasan itu akan terzahir pada ketenangan hati, kemudahan,
kepuasan dan kesyukuran dalam melakukan sesuatu perkara. Orang yang benar-benar
ikhlas akan merasainya kerana mengharapkan penilaian Allah. Tetapi seseorang
yang melakukan sesuatu perkara hanya untuk mendapat nilaian manusia, akan sentiasa
merasa resah, tidak puas hati dan tidak pernah cukup kerana manusia tidak dapat
memberi apa-apa pun.
Mari
kita lihat kisah yang diriwayatkan oleh Muslim
dari Abi Hurairah.
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bahawasanya manusia yang pertama dipanggil untuk diadili di hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Dia datang kepada Allah sambil dia sendiri telah mengetahui nikmat apa yang akan diterimanya. Allah bertanya kepadanya apakah amal kamu? Jawabnya, "Aku berperang untukmu hingga aku mati syahid". Allah berkata kepadanya "engkau bohong, engkau berperang agar manusia mengatakan engkau seorang gagah, berani dan engkau sudah dikatakan begitu sebagaimana yang engkau kehendaki. Kemudian orang itu dihela masuk ke neraka.
Hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa Allah SWT mengetahui setiap perbuatan hambaNya dan kita sebagai hambaNya perlulah berusaha mendapatkan redhaNya. Dalam konteks pelajar, setiap kali hendak memulakan langkah ke tempat belajar, niatlah dalam hati belajar ikhlas kerana Allah SWT supaya Allah memberi kefahaman dan ketenangan dalam menuntu ilmu. Biarlah sedikit ilmu, asal ada ikhlas dalam hati, ilmu itu akan menjadi banyak. Hikmah atau kebijaksanaan merupakan perkara yang paling tinggi dalam ilmu. Orang yang bijaksana dalam ilmu akan manfaatkan ilmu itu dengan mengajar dan menyebarkan ilmu itu kepada orang lain. Allah sangat memuliakan hambaNya yang berkhidmat atas ilmu yang dimilikinya.

Comments
Post a Comment