Jodoh dengan Kematian itu pasti...
Setiap penyakit itu ada penawar dan
ubatnya. Tetapi, ada satu penyakit yang jikalau datang kepada setiap manusia
itu, tidak akan ada ubatnya iaitu MATI.
كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۖ
ثُمَّ إِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ ٥٧
Maksudnya
: Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan
dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).
Allah
telah menetapkan kematian untuk setiap hambanya sejak azali lagi. Kita sebagai
hamba tidak akan pernah tahu dan tidak sesekali boleh mengubahnya. Sebagai umat
Islam, kita perlu beriman dengan Hari Akhirat. Oleh itu kita kena yakini bahawa
akhiratlah tempat tinggal kita yang kekal abadi. Kita tidak boleh membayangkan
bagaimana keadaan di akhirat sana kerana semua itu berada dalam pengetahuan dan
ilmu Allah SWT sahaja.
Manusia
sering fikirkan soal jodoh dengan manusia. Tidak sesekali memikirkan soal jodoh
dengan kematian. Allahu..Ingatlah sahabat sekalian bahawa jodoh dengan manuisa
itu kadangnya tidak pasti dan sering mengundang kecewa tetapi jodoh dengan
kematian itu pasti akan tiba.
Dunia
ini merupakan tempat persinggahan manusia untuk melakukan sebanyak mungkin amal
kebaikan supaya dapat menuainya di hari akhirat kelak. Tidak hanya dengan
melakukan segala amal ibadat kita mudah untuk masuk syurga tetapi Allah
hadirkan ujian kepada hambaNya untuk melihat sejauhmana hambaNya itu mampu
untuk menghadapinya dengan penuh keimanan dan kesabaran.
Manusia kadangkala
diuji dengan kesenangan hidup yang mewah, memiliki kepandaian dan sebagainya
untuk Allah menilai bagaimana hambaNya menguruskan nikmat yang diberi.
Namun
pernahkah kita terfikir bagaimanakah pengakhiran hidup kita? Adakah kita mati dalam
keadaan husnul khatimah atau sebaliknya?
Cara
bagaimana dan keadaan mati kita kelak sebenarnya bergantung kepada car hidup
kita sekarang. Cuba kita lihat kehidupan kita sekarang ini. Adakah corak hidup
kita banyak mengejar hal-hal keduniaan atau akhirat.?Renung-renungkanlah….
Disini
saya letakkan beberapa cara untuk kita mendapat husnul khatimah atau kematian
yang baik, yang dicemburui oleh orang lain.
1- Lazimkan diri dengan
majlis-majlis ilmu.
Terdapat
banyak masjid-masjid dan surau membuat kuliah agama, pengajian al quran dan
sebagainya. Cuma ianya terletak atas diri dan hati kita sendiri sama ada hendak
pergi atau tidak. Jangan rasakan bahawa masjid dan surau itu tempat untuk orang
yang sudah tua atau berusia sahaja.
2- Mendidik anak dengan
cara yang baik.
Setiap
pasangan yang berkahwin lumrahnya mahukan anak. Anak merupakan anugerah
terindah yang diberikan oleh Allah. Ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak
mereka menjadi manusia yang bagaimana. Didiklah anak-anak dengan ilmu agama
agar kelak mereka menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia yang lain.
Anak-anak juga akan meneruskan generasi dan keturunan kita.
3- Jaga pemakanan.
Soal
pemakanan juga perlu di titikberatkan dalam kehidupan seharian kita. Kenapa? Kita
makan untuk hidup, sihat dan bertenaga. Bila badan sihat mudah untuk kita melakukan
ibadat. Tetapi adakah kita tahu sumber makanan kita itu datangnya dari mana,
adakah halal atau sebaliknya? Jadi pilihlah makanan yang halalan toyiiban,
bersih, banyakkan makannan sunnah kerana setiap makanan yang masuk dalam badan
kita telah menjadi darah daging kita. Kadang-kadang faktor pemakanan juga
menyebabkan perangai dan sikap kita boleh berubah samada menjadi baik, nakal,
agresif dan sebagainya.
Yuk
sahabat sama-sama berusaha mencapai husnul khatimah. Semoga semua pembaca
mendapat manfaat daripada perkongsian saya pada kali ini.
Sekian….
Comments
Post a Comment