Berusahalah menjemput Rezeki...
BERUSAHALAH MENJEMPUT REZEKI Ketika Amin keluar dari masjid, Amin ternampak tabung masjid. Lalu dikeluarkan duit dari dompetnya untuk sedekah. Tetapi hanya ada Rm 5.00 sahaja.. “Ish..kalau aku derma duit ni kat tabung masjid, aku nak makan apa” ? Tak apa lah, insyaAllah ada rezeki lain untuk aku…lalu Amin memasukkan duit ke dalam tabung masjid… Pernahkah anda berada dalam situasi begitu? Jadi, apakah tindakan anda? Adakah niat anda untuk menderma jadi terbantut? Tanyalah diri anda… Sahabat yang dikasihi, Allah SWT adalah pemilik rezeki. Rezeki kita telah ditentukan oleh Allah SWT sejak di Luh Mahfuz lagi. Setiap orang mempunyai rezeki masing-masing dan hanya Allah yang tahu bila rezeki itu akan sampai kepada tuannya. Jadi mengapa kita sering berkeluh kesah memikirkan soal rezeki? Bukankah rezeki itu milik Allah? Kerana kita selalu fikir bahawa kita yang memberi makan kepada keluarga kita. Akan tetapi kita lupa bah...