Posts

Showing posts from March, 2018

KURANGKAN MENGATA, BANYAKKAN MENYAPA

                          Kadang-kadang kita tidak sedar kata-kata apa yang keluar daripada mulut kita sendiri. Mungkin kita tidak perasan tetapi orang di sekeliling kita menyedarinya. Dari situ masyarakat boleh menilai bicara kita itu sama ada baik ataupun buruk. Jika bicaranya baik maka ambillah sebagai pedoman. Jika bicaranya salah maka jauhilah darinya. Malang sekali, masyarakat kini lebih memilih untuk berada dan bergaul dalam golongan yang banyak menceritakan perihal orang lain. Mengapa kita suka berada dalam golongan tersebut, sedangkan kita mengetahui bahawa menceritakan perihal orang itu tidak baik dan berdosa? Pelik kan. Mungkin tidak menjadi pelik kepada orang yang suka mengata hal orang lain sebab sudah menjadi hobinya tetapi menjadi pelik bagi mereka yang menjaga diri dari orang yang sibuk mengata perihal orang lain. Sedarlah, bahawa inilah masyarakat sekarang. Umumnya mengetahui, mengumpat ialah ...